Laman UtamaPPMSkim LatihanTentang KamiProgramGaleriMuat TurunForumPautan

       Sejarah KamiEksekutif NegeriEksekutif DaerahEksekutif KelanaSenarai KrewPeta Lokasi Aktiviti                            __                                                 

Sejarah Penubuhan Pengakap Kelana (B) Daerah Kapar

 

Sejarah awal penubuhan Pengakap Kelana Pasukan (B) Daerah Kapar ditubuhkan seawal tahun 1993, bersama Pengakap Kelana Pasukan (A) dan (C) Daerah Kapar. Pasukan (B) ditubuhkan untuk ahli Pengakap bagi kawasan tengah (center) DUN Sementa sepanjang Jalan Kapar bermula dari Batu 3 Jalan Kapar hingga ke Batu 7 Jalan Kapar. Tetapi ianya terkubur dalam tahun 2002 hingga 2006 apabila tiada program yang dirancang sepanjang tahun berkenaan.

          Hari ini...Pengakap Kelana Pasukan (B) Daerah Kapar wujud semula dengan kepimpinan baru, ahli baru dan program baru. Semenjak tahun 2007, keahliannya dianggotai oleh lepasan sekolah di sekitar Klang dan Kapar. Antaranya, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang; Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang; Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama; Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah; dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, Kapar.

            Pendaftaran keahlian bagi tahun 2008 untuk Pengakap Kelana Pasukan (B) Daerah Kapar adalah seramai 30 orang ahli. Semoga keahlian seramai ini akan bertambah dari semasa ke semasa dan dipenuhi dengan pelbagai program yang bakal dirancang.