Laman UtamaPPMSkim LatihanTentang KamiProgramGaleriMuat TurunForumPeta Laman

        Maklumat Pengakap

          Logo PengakapPersetiaanMatlamat & MisiUndang² PengakapSejarahTentang PPMOrganisasiEksekutifUnit² Pengakap         

Undang-Undang Pengakap

  1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
    Tegaskan bagi menggalakkan kejujuran dan jauhkan dari membuat kesilapan. Jangan beri peluang menipu dalam permainan-permainan dan pertandingan-pertandingan. Paling mustahak semua pemimpin-pemimpin mestilah percayakan budak-budaknya.

     

  2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja, pemimpin-pemimpin, ibubapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.
    Contoh pemimpin-pemimpin adalah diutamakan. Ketua patrol atau ketua sekawan hendaklah setia kepada mereka yang di bawahnya, terutama sekali dalam masa membuat kerja-kerja yang susah.

     

  3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.
    Berbuat baik menjadi dasar utama. Pemimpin-pemimpin hendaklah memerhatikan dalam perkara ini, terutama sekali dalam masa cara berpatrol.

     

  4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
    Galakkan berjumpa dengan terup-terup/ Pek-pek jiran, hadir dalam perkhemahan daerah, malam pengakap/ kebudayaan, sahabat pena. Lawatan keluar negeri, Jambori dan lain-lain.

     

  5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi-pekertinya dan sentiasa berbudi.
    Perhatikan kelakuan budak-budak, terutama sekali bila keluar di kaki lima, berbasikal, menjaga keselamatan jalan raya, bertimbang rasa kepada orang lain bila menggunakan radio, televisyen, supaya tidak mengganggu jiran-jiran  masa mengadakan pengembaraan waktu malam, permainan malam. Bersopan santun bila bercakap dan bertanya dari segi perbualan.

     

  6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
    Mengajar budak-budak pengakap membela binatang-binatang, memberi makan dan kasih sayang. Suka kepada ilmu kejadian. Sayang kepada benda hidup. Jangan membunuh binatang tanpa sebab. Binatang liar dan buas yang mengancam nyawa diri hendaklah di bunuh atas sebab nyawa diri diancam.

     

  7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan Ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
    Tegaskan supaya menurut perintah. Semakin jauh mengembara semakin kuat dikehendaki berdisiplin. Segala perintah hendaklah terang dan munasabah serta boleh dijalankan.

     

  8. Pengakap adalah seorang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
    Ini adalah bagaimana yang diamalkan di dalam Unit Pengakap. Belajar menang kalah dengan semangat-semangat yang sama seperti sukan.

     

  9. Pengakap adalah jimat dan cermat.
    Ini termasuk bukan sahaja jimat-cermat kepada wang sahaja bahkan berjimat kepada makanan, menyimpan pakaian, menjaga masa bercakap, menutup pintu selepas menggunakannya, menepati masa. Perbezaan antara cermat dan kedekut.

     

  10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
    Ambil berat di atas keseluruhan jasmaninya. Kemudian atas keseluruhan mentalnya. Cara-cara yang diajar dalam Unit Pengakap sangat mustahak. Sentiasa menggunakan cara-cara sistem berpatrol (Patrol system).