Laman UtamaPPMSkim LatihanTentang KamiProgramGaleriMuat TurunForumPeta Laman

        Maklumat Pengakap

          Logo PengakapPersetiaanMatlamat & MisiUndang² PengakapSejarahTentang PPMOrganisasiEksekutifUnit² Pengakap         

Unit Pengakap

Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa unit Pengakap.

Pengakap Kanak-Kanak

Pengakap kanak-kanak (PKK) terdiri dari kalangan mereka yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun. Motto Pengakap kanak-kanak adalah "Buat Sehabis Baik" dan menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi mereka. 
 

Pengakap Muda

Pengakap Muda terdiri dari mereka yang berumur di antara 13 hingga 15 1/2 tahun dengan motto mereka ialah "Selalu Bersedia". Warna rasmi Pengakap Muda adalah hijau. 
 

Pengakap Remaja

Pengakap Remaja terdiri dari kalangan ahli yang berumur di antara 15 1/2 sehingga 17 1/2 tahun. Menggunakan motto "Pandang Luas" dan merah sebagai warna rasmi. 
 

Pengakap Kelana

Pengakap Kelana terdiri dari mereka masih terus berpengakap sebagai pengakap dewasa. Motto Pengakap Kelana adalah "Berkhidmat" 
 

KLKM dan KLM

KLKM atau Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia dan KLM atau Kumpulan Latihan Malaysia merupakan kumpulan pengakap kelana di Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab-maktab perguruan.