SKIM LATIHAN PENGAKAP
SIMPULAN DAN IKATAN
Buku Sila
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. |
Tindih Kasih Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga |
Bunga Keti Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal. |
Simpul Pulih Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh. |
Simpul Manuk
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya. |
Bunga Keti Ganda Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat. |
Simpul Dua Lilit Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali khemah pada pasaknya. |
Simpul Pengail Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin. |